4.5.11

Citer Teladan 1

Kononnya terdapat sebuah negeri rajanya tidak mempunyai seorang putera, tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara baginda. Snag bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus dipilih??

Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah oleh pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu. Berbagai2 cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan.

Akhirnya puteri raja bersuara, "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup anakanda kahwini". Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya pemuda terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkan hasrta puteri raja itu.

Tibalah hari diadakan seyembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu berenang berpatah balik kerana dilihatnya beberpaa ekor buaya tiba2 muncul di permukaan air.

Lebih kurang 99 org pemuda yg berusaha utk berenang ke seberang sungai telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan permulaan sayembara. Setelah itu, agak lama, tidak ada sesiapa pun yg terjun ke dalam sungai, Beberapa ketika kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kururs berenang tergesa2 pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia berjaya sampai ke tebing. Semua org bertepuk tgn sebaik shj pemuda kurus itu sampai ke tebing.

Sebaik shj naik ke atas, pemuda itu berkata, "Ampunkan patik tuanku, Bukan patik mahu terjun ke dlm sungai itu, tetapi patik ditolak org. Sebaik shj berada di dlm air, patik melihat bayangan buaya di dalamnya. Sbb itulah patik bermati-matian berenang ke tebing utk menyelamatkan nyawa patik". Raja ketawa dan berkata " Tidak mengapa org muda. Apa pun alasan awak, awaklah yg berhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi pengganti beta".

Moral Cerita: Org yg tdk berhasrat utk berjaya dlm bidang yg diceburi pun masih blh berjaya. Inikan pula sesorang yg seudah menetapkan matlamat utk berjaya dlm bidang yg diceburinya.

Renung-renungkan..

ta-ta

No comments:

Post a Comment