Jam itu sudah hampir lengkap.Hanya langkah terakhir, tinggal memasangkan jarum pendetiknya.Setelah itu, lengkaplah untuk jam itu bekerja, berfungsi menjalankan tugasnya untuk mengira waktu yang bakal mendatang
Maka bertanyalah lelaki kepada jam tersebut, "Wahai jam pengira waktu, aku ingin letakkan jarum terakhir ini agar lengkap untukmu menjalankan tugas.Namun aku perlukan jarum ini berdetik sebanyak 31,104,000 dalam tempoh setahun. Mampukah kau melakukannya?"
Jam itu terperanjat tatkala mendengar permintaan itu lalu menjawab,"Ha!Kau sudah gila?Mana mampu jarumku yang halus dan ringan ini untuk berdetik berjuta2 kali begitu!"
Lelaki itu tersenyum.Lantas bertanya lagi."Kalau tak mampu untuk setahun, aku mahu ia berdetik sebanyak 86,400 sehari". Jam itu terus mengeluh."Tak mungkin! Jumlah itu terlalu tinggi. Mustahil jarumku mampu melakukannya".
Lelaki itu terus tersenyum lagi. Dia terus cuba memujuk dan meyakinkan jam jam yang kecil itu.
"Jika kau tidak dapat lakukannya untuk sehari, bolehkah kau berdetik hanya untuk 3600 kali sejam?"tanya lelaki itu lagi.
Jam itu terdiam sebenta .lalu dia berkata,"3600 itu masih terlalu banyak.Agak sukar aku melakukannya". masih meragui kemampuannya.
Lelaki itu terus bersabar.Kali ini dia berkata "JIka begitu sanggupkah engkau berdetik 1 kali untuk setiap saat?"
"Hanya 1 detik?oh! Itu sangat mudah.Sudah tentu aku akan melakukannya". Jawab si jam kecil dengan yakin. Maka lelaki itu pun memasangkan jarum terakhir di badannya.Lalu jam itu pun mula bekerja.
TIK!TIK!TIK!
Tanpa sedar,jarumnya terus berdetik menghitung saat menjadi minit. Dari minit menjadi jam bertukar hari, sehingga berbulan dan akhirnya menjangkau sehingga 31,104,000dalam tempoh setahun. Tanpa sedar, jam itu telah menyempurnakan permintaan awal tuannya tadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang boleh disimpulkan di sini??
Kadangkala kita seperti jam, sentiasa ragu dan tidak yakin dalam melakukan sesuati perkara, apatah lagi jika ia dirasakan berat bahkan mustahil untuk dijayakan. Malah sering kali kita membuat anggapan akan menemui kegagalan tanpa sempat mencubanya dulu..kan??
